Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dalam bulan Ramadhan ini. Ramadhan sedang dalam perjalanan menutup tirainya di persinggahan 1427 hijrah. Seperti rutinnya, Ramadhan datang kepada kita dan bila tiba masanya Ramadhan akan pergi. Begitulah kitarannya setiap tahun. Ramadhan datang dan meninggalkan kita. Yang ditinggalkan adalah kita. Sedih rasanya kerana tidak dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan semaksimum yang boleh. Kadangkala terfikir, jika ramadhan ini merupakan ramadhan yang terakhir, alangkah ruginya diri ini. Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini sempat untuk mendidik hati dan jiwa. Semoga dengan berkat Ramadhan ini, segala sifat mazmumah dalam diri dapat ditundukkan. Semoga madrasah Ramadhan kali ini mampu untuk mentarbiyyah hati. Muhasabah diri...muhasabah dan muhasabah. Ya Allah...
Dalam meneruskan ibadah dalam bulan Ramadhan, ujian dan dugaan daripada Allah merupakan satu rahmat sebenarnya. Dugaan itu sakit, pedih. Jika terlalu diikutkan perasaan dan emosi, pasti ujian yang datang mampu untuk melemahkan semangat yang selama ini begitu mantap dan kuat. Jika terlalu diikutkan perasaan, ujian ini tidak akan terlihat sebagai hikmah bahkan mungkin akan difikir sebagai beban. Insya Allah, kerana kasih sayang Allah kepada hambaNya maka ujian datang. Teringat lirik nasyid kumpulan hijjaz, hidup tak selalunya indah, langit tak selau cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam.
Inilah putaran kehidupan sebenarnya. Hidup umpama roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Tetapi jika tempat kita di bawah, mungkin kita akan terus jatuh, tersungkur dan seterusnya dilanggar, rebah...jika kita tidak cuba bangun, tidak cuba bangkit. Jadi, penyelesaiannya ialah, bangkit!!!Jangan biarkan diri tenggelam dengan perasaan. Kasih sayang Allah itu sentiasa bersamaku, INSYA ALLAH... Mungkin juga ini merupakan satu kafarah...atas dosa-dosa yang dilakukan...
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah...